Home

Login Form



PKSK

QuickMenu Save Document

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini14
mod_vvisit_counterSemalam32
mod_vvisit_counterMinggu Ini161
mod_vvisit_counterMinggu Lepas363
mod_vvisit_counterBulan Ini767
mod_vvisit_counterBulan Lepas1258
mod_vvisit_counterKeseluruhan29087
Laman Web PKSK UTHM

Selamat Datang ke Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan (PKSK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

 

Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan UTHM yang lebih dikenali sebagai PKSK terdiri dari Unit Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kokurikulum, Unit Sukan dan Unit Kebudayaan.  Ditubuhkan pada 1 Januari 2005, pusat ini mempunyai kekuatan 20 orang staf untuk menjalankan segala aktiviti universiti bagi staf dan pelajar dalam bidang kokurikulum, sukan dan kebudayaan. Pada tahun 2007 lebih 180 aktiviti telah dilaksanakan oleh PKSK.

Jabatan Kokurikulum melaksanakan mata pelajaran wajib kokurikulum khas untuk pelajar yang didaftarkan dengan Pusat Pembangunan Akademik  (PPA). Pada masa ini terdapat 42 mata pelajaran kokurikulum ditawarkan meliputi Pakaian Seragam, Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan.

Unit Sukan adalah unit yang paling banyak melaksanakan aktiviti untuk staf dan pelajar Aktiviti-aktiviti ini termasuklah aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia (MASUM), Sukan Antara Staf Universiti, Karnival Sukan Staf dan Pelajar, Karnival Sukan Kolej Kediaman dan semua pertandingan dan kejohanan jemputan dari pelbagai agensi samada peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.


Unit Kebudayaan pula melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti muzik, nyanyian, tarian, teater dan sebagainya yang berunsurkan budaya setiap kaum di Malaysia. Unit ini sering diundang oleh badan-badan kerajaan atau swasta untuk membuat persembahan di samping mengambil bahagian dalam pertandingan peringkat Majlis Kebudayaan  Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM). Selain dari itu Unit Kebudayaan juga adalah sekretariat kepada MAKUM selama dua tahun iaitu tahun 2007 dan 2008 di mana ia diberi kepercayaan untuk melaksanakan segala aktiviti dan pertandingan pringkat universiti-universiti Malaysia.

 

 

Last Updated on Wednesday, 27 January 2010 17:21
 

Kalendar

<<  May 2012  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
   1  2  3  4  5  6
  7  8  910111213
14151617181920
21222324252627
28293031   

Pautan


Untitled Document
UTHM Official Website

Masum

makum