Home Latar Belakang

PKSK

QuickMenu Save Document

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini2
mod_vvisit_counterSemalam35
mod_vvisit_counterMinggu Ini178
mod_vvisit_counterMinggu Lepas322
mod_vvisit_counterBulan Ini821
mod_vvisit_counterBulan Lepas1302
mod_vvisit_counterKeseluruhan46403
Latar Belakang PDF Print E-mail

 

 

Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan (PKSK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah ditubuhkan melalui gabungan daripada Pusat Kokurikulum dan Pusat Sukan dan Kebudayaan melalui kelulusan pihak pengurusan tertinggi KUiTTHO pada 1 Januari 2005. Pada peringkat awal, Pusat Kokurikulum merupakan sebuah pusat yang bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti kokurikulum akademik pelajar. Manakala, Pusat Sukan dan Kebudayaan menyelaras aktiviti-aktiviti sukan dan kebudayaan pelajar dan staf. Oleh kerana universiti berhasrat untuk mengoptimumkan sumber sedia ada bukan sahaja sumber kewangan tetapi juga sumber gunatenaga maka kedua-dua pusat ini digabungkan menjadi satu iaitu Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan.  

 

Secara amnya misi Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan adalah untuk melahirkan warga universiti yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui penawaran program akademik kokurikulum yang berkualiti serta pembangunan persekitaran sukan dan kebudayaan yang kondusif bagi memartabatkan UTHM di peringkat antarabangsa.

 


Jabatan/unit yang terdapat di PKSK adalah seperti berikut:

 

1) Jabatan Kokurikulum

2) Unit Pentadbiran dan Kewangan

3) Unit Kebudayaan

4) Unit Sukan 

 

 

Pentadbiran Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan diterajui oleh Pengarah dan dibantu oleh Ketua Jabatan, Jabatan Kokurikulum, Ketua Unit Sukan, Ketua Unit Kebudayaan dan Ketua Unit Pentadbiran dan Kewangan di samping staf sokongan yang lain. Kini Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan telah menganggotai dan menjadi ahli yang aktif dalam Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM) dan Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia (MASUM).

 

Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan (PKSK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah ditubuhkan melalui gabungan daripada Pusat Kokurikulum dan Pusat Sukan dan Kebudayaan melalui kelulusan pihak pengurusan tertinggi KUiTTHO pada 1 Januari 2005. Pada peringkat awal, Pusat Kokurikulum merupakan sebuah pusat yang bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti kokurikulum akademik pelajar. Manakala, Pusat Sukan dan Kebudayaan menyelaras aktiviti-aktiviti sukan dan kebudayaan pelajar dan staf. Oleh kerana universiti berhasrat untuk mengoptimumkan sumber sedia ada bukan sahaja sumber kewangan tetapi juga sumber guna tenaga maka kedua-dua pusat ini digabungkan menjadi satu iaitu Pusat Kokurikulum, Sukan dan Kebudayaan.

 

 

 

Last Updated on Wednesday, 28 July 2010 17:49
 

Kalendar

<<  June 2013  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
       1  2
  3  4  5  6  7  8  9
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Pautan


Untitled Document
UTHM Official Website

Masum

makum